Saturday, May 29, 2010

SEL-SEL TUBUH

Meremajakan Sel-Sel Tubuh Kita

Pengamat kesihatan Medan, dr Faisal Habib berkata, berpuasa dapat meremajakan sel-sel tubuh dan bagi orang yang melaksanakannya. "Pentingnya puasa bagi tubuh iaitu boleh membantu badan dan menetapkan metabolisme dalam membuang sel-sel yang sudah rosak, sekaligus hormon atau pun zat-zat yang melebihi jumlah yang diperlukan tubuh," katanya di Medan, Rabu.

Puasa berfungsi sebagai detoksifikasi untuk mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan mengganti sel-sel yang rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Ia menambah, puasa juga dapat mengawal dan mengurangkan kadar kolesterol serta menurunkan kerja jantung untuk pencegahan terhadap penggumpalan darah yang termasuk penyebab serius panyakit jantung.

Puasa mempunyai banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Saat berpuasa, organ-organ tubuh dapat berehat dan miliaran sel dalam tubuh boleh menghimpun diri untuk bertahan hidup. Dia menganjurkan untuk berpuasa bagi orang yang terkena penyakit, kerana berpuasa boleh membantu untuk mengubati.

Ustad Zulfahmi Ibnu, pensyarah fakulti Sains Sosial dan Sains Politik Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara, ketika memberikan keterangan secara berasingan berkata, dengan puasa boleh membuat tubuh sihat secara jasmani dan rohani. "Dalam Islam, puasa bulan Ramadhan mahupun puasa sunat di luar Ramadhan membuat kita bisa menjadi lebih takwa dan lebih sabar dalam melatih keimanan," katanya.

No comments:

Post a Comment